roti benggali
Produk utama ROTEM adalah Roti Benggali yang disediakan dalam bentuk sebiji loaf. Ianya sesuai di makan begitu sahaja atau dijadikan sajian yang dimakan dengan pelbagai lauk seperti kari dan rendang. Bagi pekedai khususnya, ianya sangat mudah untuk dihidang kepada pelanggan dalam pelbagai bentuk sajian seperti Roti grill cheese, roti bakar telur, roti bakar kaya, roti garlic dan banyak lagi. Manakala bagi mereka yang menggemari roti, produk ini adalah piihan yang terbaik oleh kerana cara penyediaannya yang sangat mudah dan mesra. Menu makan malam seperti garlic bread di pizza hut mungkin boleh diketepikan sekarang dan digantikan dengan produk Rotem. Selain dari makan di rumah, produk Rotem juga sesuai untuk dijadikan juadah dalam acara open house majlis perkahwinan dan sebagainya.