|
Roti Temerloh telah didaftarkan pada 2hb September 1983 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 13hb April 1984 beralamat di 320 Bandar Baru, Jalan Kuantan, Temerloh Pahang dan merupakan sebuah syarikat perkongsian.
Matlamat penubuhan syarikat adalah untuk mengeluarkan produk roti dan kek halal keluaran bumiputra disamping memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Pada September 1984, Syarikat Roti Temeroh telah diberi peluang untuk mejadi pembekal roti dan kek kepada Kementerian Pertahanan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan di sekitar Temerloh, Jerantut dan Bentong. Berikutan permintaan yang bertambah, Roti temerloh telah berpindah ke premis yang lebih luas pada November 1985 beralamat di B27 & B28 Bengkel Sri Semantan, 28000 Temerloh (sehingga kini), kemudian diberi peluang untuk menambahkan lagi pembekalan pada tahun berikutnya kepada Kementerian Dalam Negeri di sekitar kawasan Pahang Barat meliputi Temerloh, Bentong, Raub, Kuala lipis dan Jerantut. Melihat perubahan suasana dan persekitaran dalam arus perkembangan semasa, Roti Temerloh perlu untuk masuk ke dalam pasaran terbuka secara lebih meluas. Justeru itu, pada Oktober 2014 Roti Temerloh telah berganjak ke fasa yang seterusnya dengan melakukan penjenamaan semula dengan nama yang lebih komersil iaitu RotemBakers. Logo lama yang bertulis Roti Temerloh juga ditukar kepada ROTEM yang mana ianya adalah singkatan perkataan daripada Roti Temerloh itu sendiri |